Misteri MEASLES (campak)





Teka teki jangkitan misteri yang melanda masyarakat Orang Asli suku Bateq akhirnya terjawab..

37 pesakit yang sedang dirawat disahkan positif MEASLES (Campak).

Ujian makmal penyakit lain seperti Tibi, Meliodosis, Leptospirosis dan corona virus adalah NEGATIF.

Measles merupakan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Gejala awal penyakit maut ini adalah  demam, batuk , selsema dan ruam.

Walaupun ada “sesetengah pihak” yang menganggap penyakit ini adalah penyakit ringan, ketahuilah bahawa komplikasi jangkitan measles boleh menyebabkan pnemonia, buta, pekak, radang otak dan kematian.

KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI TERKINI KLUSTER JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN DI KALANGAN KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG KUALA KOH, GUA MUSANG, KELANTAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan situasi terkini kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan di kalangan Orang Asli yang berkaitan dengan Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan yang telah dilaporkan sejak 3 Jun 2019.

Sehingga 15 Jun 2019, sebanyak 112 kes termasuk dua (2) kematian telah dilaporkan kepada KKM. Komuniti Orang Asli ini mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selsema dan beberapa kes mengalami gejala mata merah. Daripada jumlah tersebut, seramai 52 kes
masih dirawat di hospital iaitu 48 kes di wad biasa dan empat (4) kes di Unit Rawatan Rapi. Sebanyak 19 kes dengan gejala ringan berada di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA) di Gua Musang dan 39 kes telah dibenarkan pulang. Seramai 170 dari 185 (92%) penduduk Kampung Kuala Koh telah
ditemui dan diperiksa status kesihatan mereka.

Sehingga 15 Jun 2019, 37 kes telah disahkan measles melalui ujian makmal. Keputusan ujian-ujian makmal yang lain seperti tuberkulosis, melioidosis, leptospirosis dan corona virus adalah negatif. Berdasarkan daripada keputusan makmal tersebut, penyakit yang berlaku dalam kalangan Orang Asli
Kampung Kuala Koh ini ialah wabak measles (demam campak).

Faktor penyumbang kepada penularan jangkitan measles dalam komuniti Orang Asli Kampung Kuala Koh ini adalah liputan imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5% bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-MumpsRubella (MMR) dan 30% bagi suntikan dos kedua. Pasukan kesihatan sukar
untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kerana cara hidup suku kaum ini yang kerap berpindah randah. Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi.

Sejumlah 14 kematian telah dilaporkan berlaku, namun hanya dua (2) kes terakhir telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat yang pertama, punca kematian dilaporkan sebagai pneumonia (radang paru-paru).
Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan dibantu oleh Pasukan Perubatan Forensik KKM telah berjaya mengeluarkan kesemua 12 mayat dari Kuala Koh sehingga jam 6.40 petang semalam dan telah dibawa ke Hospital
Gua Musang untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian.

Measles adalah jangkitan virus measles yang amat mudah merebak. Satu kes measles boleh menularkan jangkitan kepada 12 – 18 individu lain. Jangkitan menular melalui titisan cecair pernafasan di udara dan sentuhan langsung dengan cecair pernafasan daripada orang yang dijangkiti. Measles boleh dicegah dengan imunisasi. Vaksin MMR diberikan sebanyak dua dos kepada bayi berumur 9 bulan dan 12 bulan.

Gejala penyakit measles adalah demam dengan batuk, selesema atau mata merah (konjunktivitis), diikuti dengan ruam selepas beberapa hari. Komplikasi jangkitan measles berlaku terutama kepada bayi, kanak-kanak, serta individu yang mengalami kekurangan zat makanan dan tahap imuniti yang rendah. Komplikasi measles termasuk pneumonia, cirit-birit, keradangan otak (encephalitis), otitis media dan
kematian. Kadar kematian kes measles (case fatality rate) lazimnya kurang dari 1%, namun boleh setinggi 3-6% sekiranya mengalami kekurangan zat makanan.

Tindakan pencegahan dan kawalan wabak telah dijalankan dan masih diteruskan, termasuk:

1. Carian kes secara aktif di perkampungan Orang Asli ini dan di perkampungan sekitar berdasarkan pergerakan mereka sebelum ini.

2. Memberi vitamin A kepada semua kanak-kanak bagi kes Measles yang dirawat, bertujuan meningkatkan sistem imuniti memandangkan
mereka mengalami masalah kekurangan zat makanan.

3.  Menjalankan aktiviti imunisasi kepada semua penduduk Orang Asli di lokasi terlibat.

4. Pendidikan kesihatan kepada penduduk, termasuk sesi kaunseling bagi mengurangkan tekanan dan keresahan.

5. Mempertingkatkan Infection Prevention Control (IPC) di fasiliti kesihatan dan sentiasa mengamalkan penggunaan alat perlindungan diri (Personal Protective Equipment) yang bersesuaian.

KKM turut mengarahkan negeri-negeri lain untuk mempertingkatkan survelan jangkitan measles serta meningkatkan liputan imunisasi di kalangan komuniti
Orang Asli di negeri masing-masing. Pihak negeri hendaklah memaklumkan segera kepada KKM melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan sekiranya terdapat kluster kes dan/atau kematian yang
mempunyai gejala yang sama.

Pihak Polis DiRaja Malaysia terus memantau dan mengawal kemasukan orang awam, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain dari memasuki ke kawasan Kampung Kuala Koh yang terlibat bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan.

Kolaborasi antara pelbagai agensi amat penting untuk memastikan kejadian wabak penyakit seperti ini tidak berulang. Keadaan persekitaran tempat tinggal
yang bersih termasuk bekalan air yang selamat dan sumber bekalan makanan yang mencukupi perlu dipertingkatkan dengan segera. KKM komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada Orang Asli di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.
YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Malaysia
17 Jun 2019

UNTUK ITU, kita juga harus bersiap sedia dengan memperkuatkan lagi sistem imun. Anda boleh mencegah dengan pengambilan produk SHAKLEE yang membantu menepis dari penyakit berjangkit.

SUDAH TENTU TAK LAIN DAN TAK BUKAN. 
⤵⤵




Klik di sini untuk detail 👇

http://www.wasap.my/60197297176/imunbooster






Post a Comment

0 Comments